Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Lazim (FAQ)

Anda Ada Soalan Berkaitan Geran Agropreneur Muda?

Program Agropreneur Muda diwujudkan di bawah perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Program ini merupakan satu inisiatif Kementerian terhadap golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Tujuan utama program ini diwujudkan adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang sektor agromakanan yang merangkumi kesemua bidang di sepanjang rantaian nilai seperti tanaman, ternakan dan perikanan, serta industri makanan termasuk pemasaran, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian serta agropelancongan.

Objektif Program

Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :

  • Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang agromakanan.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor agromakanan sebagai industri yang berdaya maju.
  • Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020).

Skop Program

Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut:

(Klik Sektor untuk skop bantuan bagi maklumat lanjut)

  1. Tanaman
  2. Perikanan
  3. Ternakan
  4. Industri Asas Tani
  5. Agroteknologi (IOT)
Menu
Skip to content